Saturday 27 August 2016

Al-quran dan Hadis sebagai sumber sains, Teknology dan Kejuteraan)

Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam
(Al-quran dan Hadis sebagai sumber sains,Teknologi dan Kejuteraan)

NAMA PENSYARAH: PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHAMAD SUKRI

Bil
Nama
NO.Pendaftaran
1
AHMAD AIMAN BIN ABU BAKAR
02DEE15F2009
2
AHMAD SYAMIL BIN ZUHARI
02DEE15F2017
3
MOHAMAD NOR FIKRI BIN ABDULLAH@HASSIM
02DEE15F2001
4
MOHAMAD ASYRAF BIN HASHIM
02DEE15F2011
5
MUHAMMAD ARIF BIN ABAS
02DEE15F1036
Pengenalan

Sains dan teknologi serta fakta-fakta saintifik seperti proses kejadian alam semesta dan proses kejadian manusia telah terkandung di dalam al-Quran dan hadis. Istilah-istilah yang diguna pakai dalam alam tabii,antaranya ialah istilah kosmos. Kosmos dalam Islam meliputi makluk rohaniah yang tidak dapat dikaji secara pengajiaan saintifik sehingga istilah ini melahirkan ilmu kosmologiyang membicarakan tentang asal usul alam, anatomi alam, penciptaan dan kesudahan alam, struktur dan perlembagaan alam serta matlamat dengan penciptaan alam. Ilmu kosmologi dalam islam akan mengaitkan alam dengan penciptanyya. Kandungan nya dan para penghuninya, merangkumi isi seluruh kandungan bumi dan penghuninya, serta segala yang berada antara langit dan bumi.


FAKTA-FAKTA SAINTIFIK DALAM AL-QURAN.
Fakta-fakta saintifik yang terdapat di dalam al-quran adalah berkisarkan mengenai proses kejdian alam tabii, peredaran orbit mengelilingi matahari, penciptaan langit, kejadian siang dan malam serta pembetukan awan dan hujan.
       Alam tabii yang dijelaskan dalam al-quran adalah mengenai alam yang diciptakan dan dilengkapi dengan segala sifat, hukum, undang-undang dan fenomena yang tertentu oleh Allah S.W.T. kejadian alam tabii menunjukkan bahawa alam tidak wujud secara semula jadi tanpa penciptannya , ada permulaan dan ada pengakhiran nya serta bukti ketuhanan itu sendiri. 




Proses Kejadian Alam Tabii
Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabii Kosmos (Cosmos) yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan, dan perhiasan. Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos dalam Islam meliputi makluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi pengajian saintifik dan emprikal.
Ilmu kosmologi lahir atas tujuan membicarakan tentang asal usul alam,struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat penciptaan alam. Ilmu kosmologi dalam islam mengaitkan alam dengan penciptanya. Alam tabii meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta penghuninya ,bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya ,dan juga segala yang berada di antara langit dengan bumi seperti yang dijelaskan melalui firman Allah SWT dalam surah Fussilat:
Maksudnya:
“kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di merata-rata tempat(dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-quran adalah benar.  Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”   
     
(surah fussilat 41:53)

Fenomena alam tabii di dalam al-quran.

1.Alam ini dijadikan oleh pencipta dan bukan terjadinya dengan sendiri.
a) Firman Allah dalam surah al-baqarah:

Maksudnya:
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi( dengan segala keindahannya); dan apabila ia berkehendak( untuk menjadikan) suatu, maka ia hanya berfirman kepadanya: jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.”

(surah al-baqarah 2:117)

b)Firman Allah dalam surah al-furqan
Maksudnya:
“tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas arasy, ialah ar-rahman (tuhan yang maha pemurah); Maka bertanyalah akan hal itu kepada yang mengetahuinya.”

(surah al-furqan 25:59)

2. Peredaran Bumi dalam orbitnya mengelilingi matahari.
Allah SWT sentiasa menyebut ayat dalam al-quran mengenai kejadian langit dan bumi agar menjadi iktibar dan teladan kepada manusia dan mengambil ibrah(pengajaran). Kalimah langit telah disebut berulang-ulang kali dalam al-quran, iaitu sebanyak 310 kali.keadaan ini menunjukkan bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya seperti yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. menurut fakta sains, planet bumi ini berpusing atas paksinya, iaitu satu pusingan dalam masa 24 jam dan dalam masa yang sama, bumi bergerak menurut orbit berpusing mengelilingi matahari. Setiap pusingan orbitnya, bumi mengambil masa selama 365 hari dan 6 jam.

a)Firman Allah s.w.t dalam surah al-naml:
Maksudnya:
“dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergerakanya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya ia amat mendalam pengetahua-nya akan  apa yang kamu lakukan.”

 (surah al-naml 27:88)

b)Firman Allah s.w.t dalam surah al-anbiya’:
Maksudnya:
“dan dialah (tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing(di angkasa lepas).”

(surah al-anbiya’ 21:33)

3. Penciptaan langit
       Allah s.w.t telah mencptakan langit langit dan meniggikan dan juga telah menyempurnakan penciptaan-Nya daripada unsur-unsur dukhan(asap). Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah menjadikannya kuat dan kukuh dan kemudiannya menjadi berlapis-lapis. Kemudian daripada unsur dukhan itu terbentuknya gugusan bintang-bintan dan planet. Firman Allah swt dalam surah Fusilat:
Maksudnya:
“kemudian ia menunjukkan kehendak-nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu ia berfirman kepadanya dan kepada bumi:”turutlah kamu berdua akan perintahku, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!” keduanya menjawab:”kami berdua sedia menurut-patuh dengan sukarela.”

 (surah fussilat 41:11)

           Al-quran telah menggambarkan kepada kita tentang keadaan langit yang membuktikan tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj iaitu Nabi Muhammad saw merentasi langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para malaikat. Firman Allah dalam surah qaf.
Maksudnya:
“maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun.”

(surah Qaf 50:6)


4.Proses pembetukan awan dan terjadinya hujan.

          Pembetukan awan merupakan slah satu proses pemeluwapan (proses pertukaran daripada wap kepada cecair). Proses ini amat penting dalam proses pembetukan awan yang akan menghasilka hujan. Melalui prosessemula jadi inilah, cara utama untuk air yang tersejat kembali ke muka bumi. Awan akan terbentuk di atmosfera apabila udara yang mengandungi wap air bergerak ke permukaan ats atmosfera, seterusnya membeku dan sejuk.
          Matahari akan memanaskan udara di sekitar permukaan bumi. Ha ini menyebabkan udara tersebut menjadi lebih ringan dan naik ke kawasan yang lebih sejuk. Apabila suu semakin randah, proses kondensasi lebih banyak  berlaku. Seterusnya, pembetukan awan di atmosfera semakin meninkat. Hujan terjadi dalam tiga tahap, iaitu melalui pembetukan angin, pembetukan awan dan hujan.
       Pada tahap pertama(pembetukan angin), sejumlah besar gelembung udara terbentuk disebabkan oleh buih-buih di lautan secara terus-menerus pecah dan menyebabkan molekul air dihamburkan ke atmosfera. Kemudiannya, molekul (aerosol) ini naik ke atmosfra. Aerosol berfungsi untuk memerangkap air, kemudian membentuk titik awan dengan mengumpulkan wap-wap air di sekitarnya dan seterusnya naik dari lautan sebagai titisan-titian kecil.
          Tahap kedua(pembetukan awan) iaitu terbentuk dari wap-wap air yang mengembun di sekitar Kristal garam atau molekul debu di udara. Hal ini kerana titisan air di awan sangat kecil(dengan anggarn diameter 0.01-0.02 mm), awan menyelubungi atmosfera hingga seluruh atmosfera hingga seluruh atmosfera tertutup oleh awan. Tahap ketiga(turunnya hujan)iaitu molukul air yang mengandungi Kristal garam dan molekul debu akan bertambah tebal dan menjadi semakin berat seterusnya  membentuk titisan hujan. Titk-titik air  dari awan itu yerus jatu ke bumi sebagai hujan kerana titik-titik air itu mrnjsdi lebih berat daripada udara.
Firman allah swt dalam surah al-nur:





Maksudnya:
“tidakkah Kamu melihat bahawa Allah menggerakkan awan, kemudian mengumpulkan antaranya kemudian dia menjadikannya bertindih-tindih, maka kamu akan melihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung.”

 (surah al-nur 24:43)


5.Menjelaskan mengenai wujudnya kejadin siang dan malam.
       Kejadian siang dan malam telah diceritakan dalam al-quran dengan kisan yang mendalam. Mengikut mata kasar manusia bahawa siang akan mendahlui malam dan malam akan mendahlui siang. Tetapi di dalam al-quran menyatakan siang bukan mendahlui malam dan malam tidak mendahlui siang. Banyak surah yang menceritakan tentang peristiwa kejadian siang dan malam.

Maksudnya:
“sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu dia bersemayam di atas arasy . dia menutupkan malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat dan (diciptakan-nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang, (masing-masing) tunduk kepada perintahNYA . ingatlah hanya milik Allah urusan menciptakan dan memerintah. Maha suci Allah. Tuhan semesta alam.”

(surah al-a’raf 7:54)

Maksudnya:
“Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran-Nya) bagi orang yang bertakwa.”

(Surah Yunus 10:6)


6.Fenomena berlakunya hujan.
Maksudnya:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang berlayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; dekian juga (pada) peredaran angina dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya,kebijaksaan-Nya, dan keluasanrahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”

(Surah Ali-Imran 3:164)

Maksudnya:
“Dan (Dialah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).”

(Surah al-Zukhruf 43:11)

7.kejadian matahari dan fakta mengenai matahari.
      Menurut al-quran, langit dan bumi pernah dicantumkan kemudiannya dipisahkan oleh allah. Fenomena ini telah berlaku disebabkan satu tenga yang besar telah memecahkannya. Matahari berputar mengikut paksinya kira-kira 25 hari untuk melengkapi satu pusingan. Pergerakan plenet lain mengelilingi matahari adalah satu kejaipan yang tidak dapat difikirkan oleh manusia.
Maksudnya:
“Dan apakah orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah bercantum, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air, kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”

(Surah al-Anbiya’21:30)

Maksudnya:
“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).”

(Surah al-Anbiya’21:33)


Fakta-fakta tentang kejadian manusia.
Mengikut fakta sains, tubuh badan manusia mengandungi unsur-unsur sama seperti tanah, tetapi berbeza dari segi sukatannya. Oksigen(4500 gram) hydrogen(800 gram) kalsium(1000 gram) kabrit(175 gram) sodium(105 gram) klorin(140 gram) ferum(4 gram) iodie(0.3 garam) dan magnesium(0.02 gram). Manusia dijadikan daripada tanah dan akan dikembali ke tanah. Dalam al-quran ada menyebut tentang kejadian manusia adalah sebaik baik kejadian.


Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

(Surah al-Tin 95:4)


1.Penciptaan dan kejadiaan nabi Adam a.s.
          Bentuk kejadian Nabi Adam a.s. adalah mengikut bentuk seperti pada awal mulannya ia dicipta dan bukan berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Allah menjelaskan dalam al-quran bahawa kejadian rupa bentuk Nabi Adam a.s. adalah sebaik-baik kejadian.
 
Maksudnya:
“Dan dialah (pula) yang menciptakan manusia daripada air, lalu dia jadikan manusia itu (mempunyai) keturunan dan masaharah (hubungan keluargaan yang berasal daripada perkahwinan seperti menantu) dan tuhanmu adalah maha kuasa”.

(Surah al-Furqan 25:54)


Maksudnya:
“Allah berfirman: Apakah yang menghalang mu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu ? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah”.

 (Surah al-A’raf 7:12)

2. Penciptaan Hawa.
Semua yang diciptakan oleh Allah s.w.t berpasang pasanagan termasuklah manusia allah telah menciptakan Hawa selepas nabi Adam a.s.

Maksudnya:
“Hai sekian manusia! Bertakwalah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yag satu(Adam dan (Allah) menciptakan pasanganya(Hawa)dari (dirinya) dan dari keduanya Allah mengembang biakan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertakwlah kepada Allah yang dengan nama-ya kamu saling memeinta dan peliharalah hubngan kekeluargaan. Sesunguhnya Allah selalu menjaga mengawasimu.”

3. Penciptaan zuriat Adam.
Al-quran banyak menceritakan berkenaan penciptaan zuriat Adam.


Maksudnya:
“Padahal sesungguhnya dia telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkat kejadian”.

 (Surah Nuh 71:14)


Maksudnya:
“Bukankah kami telah menciptakan kamu daripada air yang hina (air mani)”.

(Surah al-Mursalat 77:20)


KESIMPULAN

Kesimpulannya,Islam menerima teknology yang memberi manfaat. Tetapi Islam juga menolak teknologi yang membawa kerosakan berdasarkan etika dan prinsip Islam.